Saturday, February 19, 2011

PERISTIWA 20 FEBRUARI

1472 - James III dari Scotland mengilhak Kepulauan Orkney dan Shetland daripada Christian I dari Denmark–Norway.

1547 - Edward VI yang berumur sembilan tahun ditabalkan sebagai Raja England dan Ireland di Westminster Abbey.

1798 - Louis Alexandre Berthier menggulingkan Paus Pius VI.

1810 - Patriot Tyrol dan pemimpin pemberontakan menentang Napoleon Andreas Hofer dihukum mati.

1835 - Bandar Concepción, Chile diranapkan oleh gempa bumi.

1872 - Muzium Kesenian Metropolitan dibuka di Bandar Raya New York.

1913 - King O'Malley (gambar) memacak pancang ukur pertama untuk menandakan permulaan kerja pembinaan Canberra, Australia.

1931 - Kongres Amerika Syarikat merestui California untuk membina Jambatan San Francisco – Oakland Bay.

1943 - Para eksekutif studio filem bersetuju untuk membenarkan Jabatan Penerangan Perang untuk menapis filem.

1943 - Gunung berapi Parícutin mula membentuk di Parícutin, Mexico.

1944 - Perang Dunia Kedua: "Minggu Besar" bermula apabila pesawat pengebom Amerika Syarikat membedil pusat-pusat pembinaan pesawat Jerman.

1944 - Perang Dunia Kedua: Amerika Syarikat menawan Pulau Eniwetok.

1959 - Program jet pemintas supersonik Avro Canada CF-105 Arrow di Kanada dibatalkan oleh kerajaan Diefenbaker di tengah-tengah debat politik.

1962 - Program Mercury: Ketika menaiki Friendship 7, John Glenn mengorbit Bumi sebanyak tiga kali dalam 4 jam, 55 minit, menjadikan beliau warga Amerika pertama yang mengorbit Bumi.

1965 - Kapal angkasa lepas Ranger 8 (gambar) berjaya menghantar 7,137 gambar foto bulan semasa 23 minit terakhir misinya sebelum terhempas di Mare Tranquillitatis.

1976 - Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara dibubarkan.

1987 - Unabomber: Di Salt Lake City, Utah, terjadinya letupan bom dalam kedai komputer.

1998 - Tara Lipinski yang mewakili Amerika Syarikat dalam sukan luncur ais berbunga menjadi pemenang pingat emas termuda di Sukan Olimpik Musim Sejuk di Nagano, Jepun.

Thursday, February 17, 2011

PERISTIWA 18 FEBRUARI

Peristiwa

1229 - Perang Salib Keenam: Frederick II, Maharaja Rom Suci memeterai kedamaian sementara sepuluh tahun bersama al-Kamil, lalu menawan semula Baitulmaqdis, Nazareth, and Baitulaham with neither military engagements nor support from the papacy.

1861 - Jefferson Davis dilantik sebagai Presiden Negeri-Negeri Gabungan Amerika pertama (dan terakhir).

1861 - Apabila penyatuan Itali hampir selesai, Raja Victor Emmanuel II dari Piedmont, Savoy dan Sardinia meraih gelaran Raja Itali.

1885 - Buku Pengembaraan Huckleberry Finn oleh Mark Twain (gambar) diterbitkan buat pertama kali. Ia dipuji dan diharamkan tidak lama selepas itu.

1901 - Winston Churchill berucap buat kali pertama di Dewan Rakyat British.

1908 - Bangunan baru Teater Drama Diraja (gambar) di Stockholm, Sweden dibuka dengan drama Master Olof oleh August Strindberg.

1913 - Raymond Poincaré menjadi Presiden Perancis.

1929 - Anugerah Akademi pertama diumumkan.

1930 - Elm Farm Ollie menjadi lembu pertama yang menaiki pesawat kepak kaku dan juga lembu pertama yang diperah susu dalam kapal terbang.

1932 - Empayar Jepun menubuhkan Manchukuo, sebuah negeri boneka di timur laut China semasa Perang China-Jepun Kedua.

1943 - Joseph Goebbels, Menteri Propaganda Hitler, menyampaikan Sportpalastrede untuk memotivasikan rakyat Jerman apabila arus Perang Dunia II mula melawan Jerman.

1948 - Persidangan pertama Majlis Raja-Raja Melayu selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu diadakan di Kuala Lumpur.

1948 - Eamon de Valera meletak jawatan Perdana Menteri Ireland.

1954 - Gereja Saintologi pertama diasaskan di Los Angeles, California.

1957 - Dedan Kimathi, seorang pemimpin pemberontak Kenya dihukum mati oleh kerajaan penjajah British.

1965 - Gambia merdeka dari United Kingdom.

1970 - Kumpulan Chicago Seven didapati tidak berslaah atas tuduhan merancang untuk mencvetuskan rusuhan di Konvensyen Kebangsaan Demokratik 1968.

1977 - Kenderaan ujian Space Shuttle Enterprise mengadakan "penerbangan" sulungnya apabila ditempatkan di atas sebuah pesawat Boeing 747.

1979 - Salji turun di Gurun Sahara di kawasan selatan Algeria.

2000 - Stjepan Mesić menjadi presiden kedua Croatia.

2003 - Seorang pembakar memulakan kebakaran di atas sebuah kereta api bawah tanah di Daegu, Korea Selatan, membunuh 200 penumpang.

PERISTIWA 17 FEBRUARI

Peristiwa


1600 - Ahli falsafah Giordano Bruno dibakar hidup-hidup di Campo de' Fiori di Rom, atas tuduhan heresy.

1801 - Dewan Perwakilan A.S. melantik Thomas Jefferson sebagai Presiden dan Aaron Burr sebagai Naib Presiden, meleraikan status seri dalam pilihan raya 1800.

1854 - Britain mengakui kemerdekaan Orange Free State (gambar bendera), kini terletak di Wilayah Free State, Afrika Selatan.

1867 - Kapal pertama melalui Terusan Suez.

1895 - Balet Swan Lake dipersembahkan dengan muzik oleh Tchaikovsky buat pertama kali di Saint Petersburg, Rusia.

1933 - Majalah Newsweek diterbitkan buat julung kalinya.

1936 - Adiwira pertama di dunia, The Phantom, muncul baut julung kalinya dalam komik.

1959 - Vanguard 2, satelit cuaca pertama, dilancarkan untuk mengukur taburan litupan-awan.

1979 - Sekitar 120,000 askar Tentera Pembebasan Rakyat China menyeberangi sempadan ke utara Vietnam, memulakan Perang China-Vietnam.

1995 - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membroker gencatan senjata antara Ecuador dan Peru, membawa kepada penamatan Perang Cenepa sebelas hari kemudian.

2003 - Skim bayaran kesesakan London mula beroperasi, mengenakan bayaran terhadap pemandu yang memasuki bahagian tertentu di London pada waktu kerja.

Wednesday, February 16, 2011

Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.

2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

3. Hijrah- Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

4. Peperangan- Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

7. Pembukaan Iraq-Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.

8. Pembukaan Baitul Muqaddis- Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

PERISTIWA 16 FEBRUARI

Peristiwa

116 - Kaisar Trajanus mengirim laureatae pada Senat Romawi di Romawi untuk mengenang kemenangannya dan menjadi penakluk Kekaisaran Parthia.
1249 - Andrew dari Longjumeau diutus Louis IX dari Perancis sebagai duta besar untuk bertemu dengan Khagan Mongol dari Kekaisaran Mongol.
1646 - Pertempuran Torrington, Devon: Pertempuran besar terakhir dalam Perang Saudara Inggris yang pertama.
1899 - Presiden Perancis Félix Faure meninggal ketika masih menjabat.
1918 - Lithuania merdeka dari Rusia dan Jerman.
1923 - Howard Carter membuka makam Firaun Tutankhamun.
1937 - Wallace H. Carothers menerima hak paten dari Amerika Serikat untuk nilon.
1943 - Perang Dunia II: Rusia merebut kembali Kharkov.
1959 - Fidel Castro menjadi Perdana Menteri Kuba setelah Presiden Fulgencio Batista dijatuhkan dari kekuasaan pada 1 Januari1.
1961 - Program Explorer: Pesawat Explorer 9 (S-56a) diluncurkan.
1978 - Sistem papan buletin komputer pertama (CBBS) diciptakan di Chicago, Illinois.
1983 - Kebakaran semak Rabu Abu di Victoria dan South Australia mengklaim 71 jiwa di kebakaran terburuk Australia.
1985 - Hizbullah didirikan di tengah Perang Saudara Lebanon, dipicu kejadian invasi Israel ke Lebanon.
1999 - Di Uzbekistan sebuah bom meledak dan tembakan terdengar di kantor pusat pemerintah dalam sebuah percobaan pembunuhan terhadap Presiden Islam Karimov.
2005 - Protokol Kyoto mulai berlaku setelah diratifikasi oleh Rusia.

Kelahiran

1852 - Charles Taze Russell, Presiden Lembaga Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
1942 - Kim Jong Il, pemimpin Korea Utara
1957 - LeVar Burton, aktor, sutradara televisi, penulis Amerika Serikat
1979 - Valentino Rossi, pembalap MotoGP

Tuesday, February 15, 2011

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"



بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَ...لَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnyaLihat seterusnya..
Oleh: Abdullah Spontan